Pengenalan

Pendahuluan

Sebagai sebuah kolej yang telah lama ditubuhkan, Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP)  telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut. Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-lumus menimba ilmu di kelas.

Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI KKBP.

Relevan Penubuhan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan kolej. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di KKBP. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada kolej khasnya dan komuniti amnya.

Jika difikirkan semula, sebuah kolej yang telah berusia hampir 1 dekad sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajarnya bagi memastikan kewujudan kolej ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di kolej.

Alumni perlu diberi peluang menyertai program dan aktiviti kolej bagi membawa impak yang lebih besar kepada kemajuan kolej kerana mereka dilihat sebagai satu lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan lembaga penasihat dan kolej. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah memperkukuhkan perjuangan lembaga penasihat yang sedia ada.

Pihak kolej sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak kolej mencapai visinya menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s