PENGUMUMUAN PENTING : Kemasukan Secara Point Of Entry bagi kes-kes khas lulusan Sijil Politeknik dan Sijil Kolej Komuniti.

Mohon bekas pelajar yang ingin memohon kemasukan secara point of entry bagi kes-kes khas lulusan sijil politeknik dan sijil kolej komuniti untuk memuat turun bagi mengetahui maklumat terperinci berkaitan perkara tersebut.

KEMASUKAN SECARA POINT OF ENTRY BAGI KES-KES KHAS LULUSAN SIJIL POLITEKNIK DAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Senarai nama AJK Adhoc Alumni KKBP

Untuk makluman para alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar, hasil mesyuarat perlantikan pada 10 Mac 2012, semua ahli bersepakat melantik senarai nama di bawah ini selaku AJK Adhoc Alumni KKBP. Senarai nama AJK Adhoc ini penting sebagai permulaan untuk penubuhan persatuan di ROS (Register Of Society).

Berikut merupakan senarai nama AJK Adhoc Alumni KKBP

Pengerusi: Mohammad Izli Bin Mustakim
Naib Pengerusi: Fatin Nurainina Binti Kamal
Setiausaha 1: Siti Aishah Binti Isa
Setiausaha 2: Siti Wahidah Wani Binti Ahmad
Bendahari: Nasyita Binti Abdul Malik

AJK

Perlembagaan dan Alumni: Abdul Hadi Bin Rashid
Sumber Manusia: Mohd Al-Fatta Bin Ariffin
Akses dan Multimedia: Ilyas Bin Ali
Ekonomi: Nasrul Bin AB Rahim
Kebajikan dan Kerohanian: Mustaadha Bin Mohd Yusuf
Perhubungan dan Urusan Luar: Riky Asmoro Bin Rahim
Publisiti dan Tugas-tugas khas: Mohd Khairul Anuar Bin Yusoff
Sukan dan Rekreasi: Abdul Gani Bin Dandan

Semoga dengan perlantikan anda selaku AJK Adhoc Alumni KKBP dapat memantapkan lagi aktiviti alumni KKBP yang bakal dijalankan. Dalam masa kurang sebulan dari sekarang, satu mesyuarat perlantikan AJK tetap alumni akan dijalankan. Tunggu pengumumam kelak.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Jemputan Ke Program Bersama Alumni dan Industri 2012

Bersama-sama ini saya sertakan Contoh Surat Jemputan yang telah disediakan oleh Unit Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni. Sila Muat Turun kedua-dua pautan tersebut untuk makluman anda.

SURAT JEMPUTAN

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN ALUMNI

 

Leave a comment

Filed under Uncategorized

PROGRAM BERSAMA ALUMNI DAN INDUSTRI

SILA SEBARKAN INFORMASI BERKAITAN PROGRAM INI KEPADA PARA ALUMNI. SILA SHARE LINK INI.

PROGRAM BERSAMA ALUMNI DAN INDUSTRI 

TARIKH: 10 MAC 2012 (SABTU)

MASA: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Tentatif Program:

7.45 – 8.00 pagi: Pendaftaran kehadiran Alumni KKBP
8.30 pagi: Taklimat Urusetia / Pengenalan kepada program
9.00 pagi: Taklimat Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan & Perkongsian pengalaman kerja
10.45 pagi – 11.00 pagi: Minum Pagi
11.00 pagi: Taklimat Peluang Kerjaya di Wilayah Pembangunan Iskandar oleh IRDA
1.00: Rehat, Makan tengahari & Solat Zuhur
2.30 ptg : Mesyuarat Alumni Bil 1/2012
5.00 petang: Hi-Tea & Bersurai

Untuk mereka yang berminat mengikuti program ini, sila emailkan kepada saya di alamat email alumnikkbp@gmail.com atau azhar@kkbpenawar.edu.my selewat-lewatnya pada 3 MAC 2012 (JUMAAT). Nyatakan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, ALAMAT RUMAH (TERKINI), NO TELEFON.

Anda boleh mengesahkan kehadiran anda melalui laman sosial Facebook di pautan

https://www.facebook.com/events/200415636733103/

Yuran Ahli untuk SEUMUR HIDUP: RM50 (akan diguna pakai untuk semua aktiviti yang dirancang oleh Alumni sepanjang penubuhan). Dibayar di kaunter pendaftaran. Insyaallah untuk Program yang julung kali diadakan ini, semuanya disubsidikan oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Saya mohon jasa anda semua untuk pertimbangkan program ini. Program ini untuk anda. Program ini bertujuan membantu mengatasi masalah pelajar yang masih gagal mendapat pekerjaan. Program ini juga bertujuan merapatkan silaturahim antara kita. Program ini untuk Bekas Pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar tidak kira sudah bekerja, tidak bekerja ataupun yang masih belajar. 

Sampaikan program ini kepada rakan-rakan anda.

Sebarang informasi/perubahan akan diberitahu kelak. Saya mengharapkan penyertaan dari alumni KKBP semua. Program ini untuk anda. Moga mendapat manfaat bersama. Sampaikan kepada mereka yang lain.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Selamat Datang Alumni!

Selamat datang ke blog Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar,

Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini. Blog Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ini dihasilkan sebagai alternatif medium pengantara komunikasi maya antara bekas pelajar (alumni) dan kakitangan kolej khususnya staf akademik. Ia boleh dijadikan tempat mencabah idea, pendapat, cadangan ataupun sebarang informasi yang dapat membantu merealisasikan hasrat penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Harapan kami semoga dengan adanya blog ini, ia dapat membantu Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni merangka pelan strategik bagi memacu hala tuju Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar selepas ini.

Cadangan dan pendapat tentang alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar boleh disalurkan ke email alumnikkbp@gmail.com atau azhar@kkbpenawar.edu.my.

Terima Kasih

“Ke arah merealisasikan penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar”

“Dari masyarakat kami datang, Kepada masyarakat kami berbakti”

 

1 Comment

Filed under Uncategorized