Objektif Penubuhan

Objektif Penubuhan

 

Alumni diharap  bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar KKBP, malah membantu kolej untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :

 

  1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP.
  2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki sistem pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar dan alumni sentiasa diberi perhatian.
  3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan kolej.
  4. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik.
  5. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
  6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP.
  7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
  8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.

Leave a comment